Friday 30 September 2011

Selamat hari warga emas

Secara akademiknya warga emas adalah orang yang sudah berumur 60 tahun ke atas.
Makin berumur makin banyak makan garamnya. Begitu juga dengan amal perbuatannya. Jika sentiasa berbuat amal soleh selama mana dia hidup, maka banyaklah pahalanya. Begitu juga sebaliknya jika diisi dengan amal lagho atau dosa. Oleh itu jangan disia-siakan waktu muda kita dengan benda yang sia-sia.

Kitaran hidup manusia adalah seperti sebiji bola. Kita bermula di bawah kemudian berada di atas dan kemudian di bawah semula. Ketika kita kecil, ibu bapa yang akan menjaga kita. Apabilal sudah besar, kita pula yang akan menjaga ibubapa kita. Terdengar perbincangan di rancangan al-Hijrah tadi mengenai mengapa ramai warga emas dihantar ke rumah orang tua.

Antara persoalan yang diutarakan adalah, waktu kecil ibubapa menghantar anaknya ke nurseri semata-mata dengan niat untuk menjaga anaknya. Begitu juga anak-anak ini yang menghantar bapanya ke Pusat Penjagaan Orang Tua, bukan kerana derhaka tetapi dengan niat untuk memastikan apa yang terbaik untuk ibubapa mereka. Oleh itu salah siapakah semua ini terjadi? Bumi itu sphera. Oleh itu, jika kita tidak mahu benda-benda seperti ini terjadi, perbaiki diri kita ini dari sekarang.

Kanak-kanak banyak belajar dari orang-orang yang ada di sekelilingnya. Aku pernah memberitahu seorang kanak-kanak 5 tahun bahawa bapanya seeorang yang pandai mengaji. Tetapi apa yang dijawabnya? Dia menjawab, " Ayah tak pernah mengaji pun kat rumah. Selalu dia pergi main snooker je. "

Anak kita ibarat kain putih. Ibubapa yang akan mencorakkannya. Oleh itu, sekiranya kita mahu melihat anak-anak dan generasi kita menjadi generasi yang akan membangunkan ummah, perbaikilah diri kita dahulu. Anak-anak adalah permata yang sangat bernilai. Jangan dibiarkan persekitaran kita yang penuh dengan dosa mencorakkan mereka. Hiasilah rumah kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah selamat semuanya.

No comments:

Post a Comment