Thursday 15 September 2011

Pengharaman solat di jalan raya - France

link berita :
http://www.todayszaman.com/news-256931-ban-on-praying-on-street-draws-ire-of-muslims-in-france.html
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/france/8766169/Praying-in-Paris-streets-outlawed.html


Selepas ini, siapa yang hendak travel di Paris mungkin sudah tidak dapat merasai kenikmatan solat di atas rumput bersebelahan Eiffel Tower atau pun mana- mana tempat di Paris. Kerajaan Perancis baru sahaja mengimplementasi arahan baru untuk melarang Muslim solat di jalan raya.

Sesiapa yang didapati melanggar arahan tersebut boleh dihalang oleh pihak berkuasa dengan cara apa sekali pun. Jika dilihat sepintas lalu, pengharaman ini seperti suatu penindasan terhadap Muslim di sana. Lebih-lebih lagi Muslim semakin meningkat ramai. Perancis merupakan negara Eropah yang mempunyai bilangan Muslim yang paling ramai.

Bukannya orang Islam hendak sangat solat di jalan raya tetapi memandangkan masjid yang ada tidak cukup besar untuk menampung semua jemaah khususnya sewaktu Hari Jumaat dan Solat Hari Raya. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada orang-orang Islam di serata dunia untuk mengamalkan Islam dan semoga muslim yang telah diberikan nikmat untuk beribadah tanpa sebarang kekangan akan sentiasa bersyukur dan berusaha untuk mempertahankan kebebasan ini insyaAllah.

Kita doa juga moga-moga apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Mungkin selepas ini masjid-masjid akan menjadi lebih besar dan penyebaran Islam akan berlaku dengan lebih meluas lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Muslim di France

No comments:

Post a Comment