Thursday 15 September 2011

Mencari ketenangan selamanya

Assalamualaikum.

Hidup manusia di dunia sentiasa lari dari hakikat bahawa kita adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Kerana itulah manusia berlumba-lumba untuk menjadi raja di dunia yang memiliki harta setinggi Everest, serta hiburan yang tidak pernah puas.

Bila sedar dengan hakikat ini pula, manusia sentiasa mencari alasan lain untuk tidak menjalankan dengan sebetulnya tugas seorang hamba. Kononnya belum tiba masanya, saya bukan ahlinya, saya sibuk, saya miskin, dan bermacam-macam lagi alasannya.

Bila miskin, baru minta pada tuhan hendak menjadi kaya. Tetapi apabila sudah kaya, lupa segalanya. Bila ditarik sedikit sahaja nikmat, diucaplah Tuhan itu tidak adil. Ingatlah sentiasa bahawa kita adalah HAMBA.

Ketenangan abadi hanyalah apabila Allah merestui dan meredhai segala amal kita. Perintahnya dilaksanakan. Sunnah Rasulnya diamalkan.

InsyaAllah bersama DUNIA MUSAFIR kita berusaha mencari redha Allah dalam segala perbuatan kita, terutamanya dalam dunia tanpa sempadan ini. Moga segala pengalaman yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri ini.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment