Friday 30 September 2011

Selamat hari warga emas

Secara akademiknya warga emas adalah orang yang sudah berumur 60 tahun ke atas.
Makin berumur makin banyak makan garamnya. Begitu juga dengan amal perbuatannya. Jika sentiasa berbuat amal soleh selama mana dia hidup, maka banyaklah pahalanya. Begitu juga sebaliknya jika diisi dengan amal lagho atau dosa. Oleh itu jangan disia-siakan waktu muda kita dengan benda yang sia-sia.

Kitaran hidup manusia adalah seperti sebiji bola. Kita bermula di bawah kemudian berada di atas dan kemudian di bawah semula. Ketika kita kecil, ibu bapa yang akan menjaga kita. Apabilal sudah besar, kita pula yang akan menjaga ibubapa kita. Terdengar perbincangan di rancangan al-Hijrah tadi mengenai mengapa ramai warga emas dihantar ke rumah orang tua.

Antara persoalan yang diutarakan adalah, waktu kecil ibubapa menghantar anaknya ke nurseri semata-mata dengan niat untuk menjaga anaknya. Begitu juga anak-anak ini yang menghantar bapanya ke Pusat Penjagaan Orang Tua, bukan kerana derhaka tetapi dengan niat untuk memastikan apa yang terbaik untuk ibubapa mereka. Oleh itu salah siapakah semua ini terjadi? Bumi itu sphera. Oleh itu, jika kita tidak mahu benda-benda seperti ini terjadi, perbaiki diri kita ini dari sekarang.

Kanak-kanak banyak belajar dari orang-orang yang ada di sekelilingnya. Aku pernah memberitahu seorang kanak-kanak 5 tahun bahawa bapanya seeorang yang pandai mengaji. Tetapi apa yang dijawabnya? Dia menjawab, " Ayah tak pernah mengaji pun kat rumah. Selalu dia pergi main snooker je. "

Anak kita ibarat kain putih. Ibubapa yang akan mencorakkannya. Oleh itu, sekiranya kita mahu melihat anak-anak dan generasi kita menjadi generasi yang akan membangunkan ummah, perbaikilah diri kita dahulu. Anak-anak adalah permata yang sangat bernilai. Jangan dibiarkan persekitaran kita yang penuh dengan dosa mencorakkan mereka. Hiasilah rumah kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah selamat semuanya.

Thursday 22 September 2011

Mengapa jodohku tak kunjung datang??

Berkali-kali aku minta kepada Allah seorang pasangan, seseorang yang mampu menjadi pendampingku menjalani fase-fase lanjut dari perjalanan hidupku.
Aku tidak hanya meminta seorang pasangan, tetapi bahkan menjelaskan pula pasangan seperti apa yang aku inginkan. Aku ingin seseorang yang mantap amalnya, lemah lembut, loyal, pemaaf, penuh cinta, jujur, penuh damai, baik hati penuh pengertian, menyenangkan, hangat, cerdas, humoris, hafidz, pekerja keras dan dapat dipercaya.
Suatu malam dalam do’a, Allah berbicara dihatiku dan berkata,
“HambaKu, Aku tidak dapat memberikan apa yang engkau inginkan.”
Aku bertanya,
“Mengapa yaa Rabb?”
“Karena Aku adalah Tuhan yang adil dan Tuhan kebenaran dan semua yang Aku lakukan adalah adil dan benar.”
“Ya Rabb, aku tidak mengerti mengapa aku tidak bisa mendapatkan apa yang aku minta dari Mu.”
“Akan Aku jelaskan.. Adalah tidak adil dan benar bagiKu untuk mengabulkan permintaanmu karena Aku tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan dirimu sendiri.”
“Adalah tidak adil bagiKu untuk memberikan seseorang yang penuh cinta kepadamu apabila kadang-kadang engkau masih penuh kebencian, atau seseorang yang baik hati apabila kadang engkau bisa kejam, seorang yang pemaaf sementara engkau masih menyimpan dendam, seseorang yang sensitif sedangkan engkau tidak begitu peka, seorang yang jujur sementara engkau sering bohong, sesorang yang loyal sementara engkau mudah berpaling, maupun seorang pekerja keras sementara engkau senang berleha-leha.”
“Daripada menghabiskan waktu untuk mencoba mencari seseorang atau berharap Aku akan memberikan seseorang dengan segala kualitas yang kau cari, lebih baik engkau mengijinkan Aku memanfaatkan waktu yang tersisa ini untuk membuatmu menjadi orang-orang seperti yang kau cari. Karena Aku tidak dapat memberikan kepadamu yang bukan dirimu.”
“Dan apabila engkau mengijinkan Aku bekerja dalam jiwa dan rohanimu dan membentuk hatimu sesuai keinginanKu, maka jika suatu saat nanti engkau mampu memformulasikan rasa sayang, rasa maaf, perhatian, rasa kasih, harapan, kepekaan dan tanggung jawab membentuk satu kesatuan dan apabila engkau melihat seseorang yang kusediakan bagimu, engkau akan mampu berkata seperti ketika Hawa Kuciptakan untuk menemani Adam:
“Dia adalah tulang dari tulang rusukku dan daging dari daging tubuhku, Bone of my bone” dan kau akan melihat pribadimu di dalam diri dia dan kalian berdua akan menjadi satu rangkaian dalam jalinan untuk bersama-sama berlayar menuju satu pelabuhan abadi”.
Sebagaimana telah Kusampaikan melalui kekasihKu:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(QS 24:26)

fimadani.com

Wednesday 21 September 2011

Islam di Amerika

How to become a muslim?

A simple guide to anyone who believe in One God. He is Peter Casey or Abdul Malik who is an AMerican who never feel ashame or afraid in performing prostration anywhere even at Starbuck. He is active in Dakwah and have a blog Daawah Addict that guide anyone who are interested in Islam to know more about Islam.

Converted to Islam at the age of 15 years old after the 9/11, he is now well versed with verses in the Quranul Karim. Even though he just become a Muslim for 7 years, but he had make many people return to their original belief which is belief in One God that all human being has promised in front of Allah in the world of 'roh' before being sent into the world.

As a Muslim since last 24 years, I envy him a lot because I had never convert anyone to Muslim directly as far as i know. Hopefully Allah will give all of us continuous strength to become a Good Muslim and become an example to others. WAllahuaalam.

Thursday 15 September 2011

Pengharaman solat di jalan raya - France

link berita :
http://www.todayszaman.com/news-256931-ban-on-praying-on-street-draws-ire-of-muslims-in-france.html
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/france/8766169/Praying-in-Paris-streets-outlawed.html


Selepas ini, siapa yang hendak travel di Paris mungkin sudah tidak dapat merasai kenikmatan solat di atas rumput bersebelahan Eiffel Tower atau pun mana- mana tempat di Paris. Kerajaan Perancis baru sahaja mengimplementasi arahan baru untuk melarang Muslim solat di jalan raya.

Sesiapa yang didapati melanggar arahan tersebut boleh dihalang oleh pihak berkuasa dengan cara apa sekali pun. Jika dilihat sepintas lalu, pengharaman ini seperti suatu penindasan terhadap Muslim di sana. Lebih-lebih lagi Muslim semakin meningkat ramai. Perancis merupakan negara Eropah yang mempunyai bilangan Muslim yang paling ramai.

Bukannya orang Islam hendak sangat solat di jalan raya tetapi memandangkan masjid yang ada tidak cukup besar untuk menampung semua jemaah khususnya sewaktu Hari Jumaat dan Solat Hari Raya. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada orang-orang Islam di serata dunia untuk mengamalkan Islam dan semoga muslim yang telah diberikan nikmat untuk beribadah tanpa sebarang kekangan akan sentiasa bersyukur dan berusaha untuk mempertahankan kebebasan ini insyaAllah.

Kita doa juga moga-moga apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Mungkin selepas ini masjid-masjid akan menjadi lebih besar dan penyebaran Islam akan berlaku dengan lebih meluas lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Muslim di France

Burqa diharamkan di Holland

Wanita di Holland yang memakai Burqa akan didenda sebanyak 380 Euro selepas ini. Burqa adalah sejenis pakaian kaum wanita muslim yang merupakan kain labuh yang panjang yang menutupi seluruh badan dan kepala. Sebelum ini pakaian ini telah diharamkan di Perancis. Sekarang ia merebak ke Holland pula yang mana populasi muslimnya sangat ramai.


Adakah pengharaman Burqa ini wajar dilaksanakan?

Menyentuh mengenai Burqa ini tentang hukum memakainya di dalam Islam, Jumhur para Ulama iaitu Imam Hanafiah, Malikiah, Hambali, dan Syafie mengatakan bahawa wajah seorang wanita itu bukan aurat. Ini bermakna diharuskan wanita itu menutup wajahnya dan dibenarkan juga membuka wajahnya.

Hukum Burqa yang dijelaskan oleh Syeikh Qardawi juga boleh dirujuk melalui website ini,
http://muis.ismaweb.net/2010/03/hukum-pemakaian-niqab-purdah/


berita lanjut mengenai pengharaman di Holland boleh baca di link ini.
http://www.rnw.nl/english/bulletin/dutch-burqa-ban-%E2%80%93-maximum-fine-be-380-euros

Mencari ketenangan selamanya

Assalamualaikum.

Hidup manusia di dunia sentiasa lari dari hakikat bahawa kita adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Kerana itulah manusia berlumba-lumba untuk menjadi raja di dunia yang memiliki harta setinggi Everest, serta hiburan yang tidak pernah puas.

Bila sedar dengan hakikat ini pula, manusia sentiasa mencari alasan lain untuk tidak menjalankan dengan sebetulnya tugas seorang hamba. Kononnya belum tiba masanya, saya bukan ahlinya, saya sibuk, saya miskin, dan bermacam-macam lagi alasannya.

Bila miskin, baru minta pada tuhan hendak menjadi kaya. Tetapi apabila sudah kaya, lupa segalanya. Bila ditarik sedikit sahaja nikmat, diucaplah Tuhan itu tidak adil. Ingatlah sentiasa bahawa kita adalah HAMBA.

Ketenangan abadi hanyalah apabila Allah merestui dan meredhai segala amal kita. Perintahnya dilaksanakan. Sunnah Rasulnya diamalkan.

InsyaAllah bersama DUNIA MUSAFIR kita berusaha mencari redha Allah dalam segala perbuatan kita, terutamanya dalam dunia tanpa sempadan ini. Moga segala pengalaman yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri ini.

Assalamualaikum.